Friday, 21 December 2012

#1 Adab Pergaulan antara Berlainan Gender :D

Khalifah :D


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh :D

Kat bawah ni adalah adabnya , okay :

1 . Ada batasan tempat pertemuan . Tidak perlu sampai tahap bertemu shopping complex ataupun cinema .Peretemuan dekat sekolah dah cukup . Itu pun hanya tujuan yang penting seperti pelajaran atau persatuan .

2.Menjaga pandangan . Haaa , yang ni lebih penting bagi remaja lelaki . Kerana , lelaki mampu menjaga lidah daripada mengumpat dan mengata namun susah hendak menjaga mata .

3. Tidak berjabat tangan dalam apa - apa situasi pun dengan individu yang bukan mahram kita .

4.Hindari bersesak-sesak sebaliknya wujudkan tempat atau ruang yang berlainan .Paling tak pun , pergi ke pasar malam waktu pengunjung pasar tidak ramai .

5.TIDAK BERKHALWAT ( BERDUA'AN). syaitan akan menjadi orang ketiga untuk goda kita lakukan maksiat . Astaghfirullah .

6.Hindari tempat yang meragukan okay . Contoh ada sekumpulan remaja lelaki sedang berkumpul dengan sekumpulan remaja perempuan , kita mesti elakkan diri daripada bergaul dengan mereka . 

7. Jangan jumpa lama - lama ataupun kerap sangat . nanti ini boleh menghilangkan rasa malu . Bila kurang rasa malu dah berani bertepuk tampar dan sebagainya yang boleh mendekatkan diri kepada maksiat .

LAST BUT NOT LEAST :
8. Hindari hal - hal yang boleh menimbulkan dosa dan keinginan batin untuk melakukan yang haram ataupun membayangkannya . Contoh , tonton rancangan tv dan baca bahan bacaan yang bermanfaat sebagai alternatif.

Alhamdulillah , harap bahan ni boleh kita share bersama :D
Source - Gen - Q <3

Wallahualam . :)

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan comment anda di sini :D