Saturday, 22 December 2012

#4 Sebelum Bergelar Gadis :)

Khalifah :D


Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh :)

Entry yang ni memang ditujukan khas buat gadis" remaja di luar sana dan amat sesuai hanya bagi kaum hawa SAHAJA . Harap faham . 

Rasulullah S.A.W menggelar anak perempuannya dengan nama RAIHANAH yang bermaksud penawar . Bahkan Baginda menyatakan , anak perempuan akan menjadi dinding2 daripada api neraka bagi ahli keluarga atau saudara2 yang memelihara mereka. Baginda bersabda , mafhumnya: "Sesiapa yang mengeluarkan belanja untuk dua orang anak perempuan atau kaum kerabat yang patut disediakan belanja sehingga kedua-duanya diberikan Allah kecukupan atau kemampuan ; jadilah kedua - dua anak perempuan itu sebagau pendindingnya daripada api neraka," (Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)

Anda mula bergelar gadis apabila :
1. Bila kita dah mumaiyiz ataupun dah pandai bezakan mana baik , mana buruk . 

2. Berakal . Balqis rasa korang faham kan, sebab kalau korang tak berakal korang takkan bukan laman web balqis dan baca benda ni. right ? 

3. Berlaku perubahan pada keperluan anda . Contoh , kita tak dapat tahan diri daripada makan dalam kuantiti yang SANGAT BANYAK . Ini mungkin disebabkanhormon yang mula berubah. Jangan risau kalau kita ada isi sikit . Time macam nilah kita kena bina badan .
4. Tubuh badan anda mula menunjukkan perbezaan.
a) Pertama; Bahagian dada mulai membengkak.. Ada kalanya ia berasa sakit . Hati - hati di mana kita berada kay . Sekolah especially.
b) Kedua; Tualng badan mula memanjang . Ketinggian anda mulai tinggii. Postur tubuh pun dah berubah menunjukkan kehalusan seorang gadis dari hujung rambut hingga ke hujung kaki . 
c) Ketiga; Rambut akan ada kepingan - kepingan putih yang dikenali sebagai kelemumur . (ISH , BALQIS SELALU DAPAT YANG NI) Ini sebab pemerapan rambut yang basah pada waktu yang lama dan peluh yang AMATLAH banyak. Kebersihan kena jaga okay . 
d) Keempat;Berpeluh bukan sahaja memberi kesan kepada rambut tetapi juga kepada kawasan badan anda yang mula berlipat / Badan pun akan keluarkan bau yang tak best . Begitu juga di bahagian tersebut iaitu, perut , celah kelengkang , pelipat belakang lutu , leher dan kawasan kemaluan.
e) Kelima; Tubuh badan mula mengeluarkan bulu . Terutamanya di kawasan ketiak dan kemaluan. Kadang" , ada bulu halus yg akan tumbuh atas mulut . Bulu di bahagian betis dan peha juga akan bertambah lebat.Manakal rambut akan menunjukkan keindahan sebagau seorang gadis dari segi kelembutan dan keikalan.

5.Keluarnya air wadi . Ia biasanya keluar daripada kemaluan disebabkan keletihan akibat aktiviti yang lasak. 

6. Keluar haid . Well , PMS . Ia anugerah Allah kepada semua perempuan saat manis bergelar gadis. Ini menunjukkan perjalanan anda sebagai kanak - kanak perempuan sudah menempuh ke fasa baru sebagai seorang gadis.

Ayuh , kita menjadi gadis yang solehah , cerdik , cerdas dan ceria. 
Sebarang pertanyaan boleh emel kat >>SINI<<

Till then , Ilalliqa'
Spread to the WORLD

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan comment anda di sini :D